Program eKelas & Perhilitan di 10 Pusat Internet
3 September 2018 | Aktiviti TerkiniBersempena dengan bulan Merdeka ke-61, Perhilitan (atau dengan nama lainnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia) ingin menyebarkan kesedaran tentang haiwan-haiwan terancam di Malaysia. Di atas inisiatif ini, Maxis eKelas ingin bekerjasama dan memainkan peranan dengan menganjurkan sebuah Art Workshop di mana pelajar-pelajar eKelas berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna atau melukis haiwan-haiwan terancam kegemaran mereka.
Seramai 10 pemenang (iaitu 5 pemenang dari setiap kategori) akan dipilih untuk membuat lawatan percuma ke Pusat Ekopelancongan atau Pusat Hidupan Liar yang akan diberitahu kelak. Hasil kerja pemenang-pemenang dari Art Workshop tersebut juga akan digunakan sebagai bahan pameran untuk kempen Perhilitan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: